SALAM DARI BRISBANE...
Hufff sedikit penat hari ni, entahlah. Mungkin sebab tak ade bende yang aku buat kat bilik hotel ni. Cuaca di Brisbane hari ini agak baik, sempat jugak aku berjalan sorang2 kat luar, sekurang2 nya xde la aku bosan sangat.Baru selesai menempah barang2 mentah untuk koleksi aku. Sebelum aku ke Brisbane sempat jugak aku siapkan satu utas rantai kat sebelah ni. Walaupun x seberapa, tetapi bangga dengan hasil kerja aku sendiri. Sekurang2nya aku tak suruh orang lain buat untuk aku hehehe.
Kenapa tiba2 pulak aku menceburi diri dalam bidang ni?? Ntah... aku pun tak tahu. Tapi selepas aku balik dari Kota Kinabalu bulan lepas, tiba2 terlintas di fikiran aku untuk memulakan perniagaan ini. Sekurang2nya, ada jugak bende yang aku boleh buat selain dari terbang ke sana dan ke sini. Kalau di bilik hotel bukan nya aku buat apa2 pun.
Sekerang aku cuba memikirkan untuk buat design ape pulak... urrmmm pening jugak kepala dibuatnya. Tapi xpe... esok aku sudah balik ke Malaysia, bolehlah aku sambung kerja sambilan aku ni. InsyaAllah, sudah siap koleksi aku tu, nanti aku post kan kat sini. You all jangan lupa beli lak k.. hehehe... Salam :)

No comments:
Post a Comment